20101213

Cari kereta di Malaysia?

Kuala lumpur International Motor Show (KLIMS) telah berlangsung dari 3 Disember yang lepas sehingga hari ini jadi mesti ramai yang telah mengunjungi bangunan yang sesak tu kan? Bagi yang tidak sempat pergi ke KLIMS 2010, jangan risau jika anda masih boleh cari kereta di Malaysia dengan mudah. Jika dulu anda bersusah-payah beli surat khabar dan majalah kereta, sekarang anda boleh mencari kereta secara online sahaja!


            Terdapat banyak laman web online yang telah direka sejak akhir-akhir ini sama ada untuk menjual barang-barang terpakai, telefon bimbit dan juga kereta seperti mudah.my tetapi sekarang aku nak fokus kepada website yang menjual kereta sahaja. Yeah, sekarang semua tengah sibuk mencari kereta pertama kan bagi peringkat umur aku? Untuk jimat duit dan lebih environmental friendly, google Carsifu.my atau klik link di bawah untuk cari kereta pilihan anda.


           
Laman web kereta Carsifu.my ialah sebuah website yang berfungsi sebagai platform yang memudahkan pengguna-pengguna internet untuk mencari kereta sama ada mereka berada di negeri yang sama atau tidak. Terdapat banyak jenis kereta yang diiklankan di Carsifu.my dari kereta-kereta mewah seperti BMW, Volkswagen, dan Mercedes hingga kereta yang mampu dimiliki seperti Proton dan Perodua. Bagi setiap profil kereta yang diiklankan oleh pengguna website tersebut, terdapat maklumat-maklumat penting seperti deskripsi penting tentang kereta, spesifikasi, tahun dan maklumat penjual bagi memudahkan perhubungan.

Sehingga sekarang, terdapat 1494 buah kereta untuk dijual di Carsifu.my. Bagi anda yang masih mencari kereta, kenapa tidak melawati laman web kereta ini dan jimatkan masa dan tenaga anda sekarang!